Mengapa Hidup Tak Tenang?
Menurut Ustaz Zahazan, ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan dan empat perkara itu adalah:
Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi
‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima
quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma
‘ajjalta.” (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan
agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau
tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah
ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu
yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan
percepatkan).
Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan
juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri
sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa
mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka
telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan
akibatnya).”
Ketiga: Bersikap iri hati, dendam dan dengki
memmpunyai sikap iri hati sesama manusia serta muncul perasaan senang
untuk membalas dendam kepada mereka dan dengki atas anugerah yang Allah
berikan kepada mereka.
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’
ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran
kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.”
Dalam hadis riwayat
Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana
sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana
api itu dapat menghabiskan kayu api.”
Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka
sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan
himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.”
Demikian
empat perkara disebut ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni dalam kitab beliau La
Tahzan. Elakkan daripada melakukan keempat-empat perkara itu,
Insya-Allah hidup akan tenang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar